Resepi dan cara membuat kek pisang

Resepi dan cara membuat kek pisang. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kek pisang dan cara memasak kek pisang sehingga siap untuk dimakan. Anda boleh rujuk resepi dan cara membuat kek pisang disini.

Bahan-bahan :

3- 4 biji pisang emas (saiz sederhana)- dilenyek2
1 cawan gula pasir
3/4 cawan minyak masak
3 - 4 biji telur gred A
2 cawan tepung gandum diayak
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit baking powder
Secubit garam (Kalau suka)

Cara membuat :

1. Panaskan oven ke suhu 180 darjah Celcius api atas bawah.
2. Sediakan loyang & sapukan margerin serta alaskan kertas minyak kalau suka
3. Pukul gula, telur, minyak dalam mangkuk hingga kembang & sebati
4. Masukkan tepung(+baking powder) dan kacau rata dengan senduk.
5. Masukkan pisang, esen vanilla (+garam) . Gaul sebati.
6. Tuang adunan ke dalam loyang dan masak dalam oven selama 40 - 45 minit atau hingga kek bertukar keperangan.
7. Cucuk tengah kek dengan lidi sate untuk mengetahui samada kek dah masak dengan sempurna ataupun tidak.

Resepi dan cara membuat kek pisang

Dah siap. Resepi dan cara membuat kek pisang. Sekarang tiba masanya untuk kita makan :)

Source and citation:
http://kesumaangsana.blogspot.com/2014/03/resepi-kek-pisang-kek-batik-yang-simple.html

Anda mungkin menyukai:

Resepi dan cara membuat kek lapis masam manis
Resepi dan cara membuat kek lapis pelangi
Resepi dan cara membuat kek lapis sarawak
Resepi dan cara membuat kek coklat
Resepi dan cara membuat cup cake

NOTA NADZ kek pisang

  • Kek ni memang lembap dan lembut je. Mungkin kerana penggunaan jus limau nipis(Nadz gantikan dengan cuka masakan) di dalam resepi. Alaaa...macam kek red velvet tu. Kan guna cuka juga dalam resepinya. 
  • Nadz guna loyang segi 4 berukuran 7" X 7" sebab nak nampak kek ni tebal. Boleh je nak guna loyang 8" X 8".
  • Tuan punya resepi bagi nama kek pisang mudah mungkin kerana tak perlu guna mixer untuk mengadun kek sebaliknya menggunakan blender/ pengisar saja.

No comments:

Post a Comment